Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang semakin terhakis

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan panduan utama pendidikan di Malaysia. FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang telah dinyatakan dalam FPK iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pembangunan modal insan akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara yang maju menjelang tahun 2020.

MATLAMAT FPK




 
FAKTOR PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) SEMAKIN TERHAKIS

1) Sikap mengutamakan kaum masih menebal.
Keadaan ini terjadi disebabkan oleh pelajar-pelajar masih belajar di sekolah yang berlainan aliran seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Walaupun sukatan pelajaran disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi disebabkan mereka berada di dalam kelompok yang sama ketika belajar maka sentimen mengutamakan kaum tetap wujud.

2) Akhlak yang semakin merundum.
Kebanyakan pelajar kini tidak menghormati orang yang lebih tua serta guru. Ini disebabkan mereka hanya bersosial di kalangan rakan sebaya sahaja. Oleh itu, gaya bahasa dan tingkah laku tidak dikawal oleh orang tua atau orang yang lebih dewasa.

3)Pengaruh internet.
Pelajar-pelajar kini lebih mengutamakan penggunaan telefon bimbit dan internet. Keadaan ini menyebabkan perlakuan mereka tidak dapat dikawal kerana mereka mudah mengakses segala maklumat dalam internet. Seterusnya mudah terpengaruh.

Berdasarkan faktor-faktor diatas maka penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang semakin terhakis kepada diri pelajar.




Comments